Avon Little Gold Dress

Seorang gadis jelita. Sepasang gaun emas mewah anggun.
Pancaran aura menawan. Itulah inspirasi bagi wangian terbaru daripada Avon.

Memperkenalkan pasangan sempurna gaun emas anda yang tidak kenal siang atau malam: LITTLE GOLD DRESS. Keharuman ini memberikan keselesaan untuk menampilkan diri anda yang menawan, anggun dan berseri, seperti duta selebriti Scha Al-Yahya.

PERADUAN TAMAT

step1
Step 1

Muat naik gambar gaun emas impian anda daripada internet atau telefon bimbit anda

step2
Step 2

Beritahu kami mengapa anda layak untuk menangi gaun emas yang direka khas untuk anda

Gambar gaun emas dan kapsyen terbaik yang dipilih oleh pengadil Avon akan memenangi hadiah utama!

Jika gambar dimuat naik disyak melanggar peraturan pertandingan, Avon Malaysia berhak untuk membatalkan penyertaan serta menurunkan gambar tersebut.
Penyertaan tertakluk kepada terma dan syarat.

Peraduan Gambar & Slogan



little gold dress perfume
little gold dress

Wangian LITTLE GOLD DRESS terbaru ini dirumus khas untuk menyerlahkan ciri-ciri yang menawan, anggun dan berseri, sesuai untuk kegunaan sepanjang hari. Elemen sitrus yang dipetik dari buah-buahan oren, Peach dan Plum mencipta sensasi kesegaran kepada si pengguna. Bunga-bunga freesia, jasmin dan gardenia melambangkan sifat feminin dan kewanitaan yang semulajadi. Sebagai sentuhan terakhir, gabungan kayu Amber, Sandalwood dan Vanila menonjolkan ciri-ciri kematangan seorang wanita.

Tawaran harga pengenalan : Little Gold Dress EDP 50ml

RM 69.00

(Harga Biasa RM 89.00)

Syarat Penyertaan

  1. "LITTLE GOLD DRESS" terbuka kepada semua pelanggan dan Wakil Jualan Bebas sahaja. Kakitangan Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd ("Avon"), ahli keluarga terdekat, pemegang francais, agensi-agensi pengiklanan, promosi dan pemasaran, perunding hal ehwal awam dan pencetak berkontrak tidak layak menyertai peraduan ini.
  2. Untuk menyertai peraduan ini, Peserta dikehendaki memuat naik mana-mana gambar pakaian emas impian Peserta ke platform gambar dan Peserta dikehendaki mengisikan butiran peribadi serta menyerahkannya kepada platform gambar.
  3. Tarikh penyertaan bermula dari 16 Mac hingga 16 April.
  4. Gambar-gambar dan butiran peribadi yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau dimusnah akan dibatalkan penyertaan.
  5. Avon berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang sama atau lebih nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  6. Avon berhak untuk meminda Terma dan Syarat Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis kepada mana-mana pihak.
  7. Para pemenang akan dimaklumkan melalui pos dan/atau di Avon Beauty Boutique di seluruh negara Malaysia.
  8. Para pemenang dikehendaki membawa kad pengenalan mereka apabila menuntut hadiah.
  9. Penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada Avon untuk menggunakan gambar dan/atau nama dan/atau butir-butir lain dan/atau persamaan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan promosi atau sebaliknya tanpa sebarang pampasan dan notis kepada pemenang serta kebenaran daripada pemenang.
  10. Avon, kakitangan Avon dan penganjur peraduan ini tidak bertanggungjawab jika berlakunya sebarang kehilangan, kerosakan atau kecederaan yang dialami peserta atau mana-mana individu yang terlibat dengan Peraduan ini. Semua pemenang menanggung liabiliti untuk sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang mungkin timbul akibat mengambil bahagian dalam Peraduan ini atau penggunaan atau penembusan sebarang hadiah.
  11. Para pemenang bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang cukai persekutuan, negeri dan tempatan yang dikenakan berkaitan dengan hadiah.
  12. Peraduan ini tertakluk pada semua undang-undang dan peraturan tempatan.
  13. Semua maklumat penyertaan dan hadiah-hadiah dalam Peraduan ini mungkin muncul dalam risalah Hi-light dan bahan promosi adalah sebahagian daripada Terma dan Syarat.